Tentang Pantunis

Pantunis bermula sebagai projek sampingan untuk cantikkan "résumé" . Apabila saya kongsikan dengan kenalan di Twitter (atau ), sambutannya menggalakkan membuatkan saya mengambil keputusan untuk teruskan pembangunan, memandangkan solusi lain seperti pantun.com tampak seakan terbengkalai.

Misi utama Pantunis adalah untuk mengumpul 1,000,000 pantun dalam pangkalan data dalam masa 5 tahun. Pantunis dilancarkan 7 Januari 2024, maka tarikh akhir Pantunis ialah pada 7 Januari 2029. Jikalau tuan & puan sudi, silakan baca rancangan rasmi Pantunis untuk mencapai tujuan mulia ini.

Perkembangan terkini Pantunis boleh dilihat terus di laman Pembangunan. Pada waktu penulisan, Pantunis sudah berjaya mengumpul lebih daripada 50,000 pantun dalam pangkalan data, namun angka ini termasuk salinan dan variasi pantun yang sama. Saya sendiri akan kemaskan lagi pangkalan data, supaya ia lebih teratur dan berkualiti tinggi.

Saya berharap tuan & puan sudi menghulurkan tenaga dalam misi Pantunis mengumpulkan 1 juta pantun dalam pangkalan data, dengan mendaftarkan diri sebagai ahli komuniti Pantunis dan menyumbangkan pantun.